Monday, May 2, 2011
Sunday, May 1, 2011
~~hari ini lebih baik dari semlam~~
~SEANDAINYA KU JATUH HATI~~
wahai MAHA PENGASIH,
jika sahabatku jatuh CINTA,
benihkan CINTAnya kepada seseorang yang melabuhkan cinta kepadaMU,
agar bertambah kekuatannya untuk mencintaiMU,
WAHAI MAHA PENYAYANG,
jika sahabatku JATUH HATI,
izinkan dia menyentuh HATI,
orang yang HATInya tertaut kepadaMU,
agar sahabatku tidak jatuh dalam jurang cinta yang MURAH,
WAHAI MAHA PEMURAH,
jika sahabatku RINDU,
rindukan dia kepada seseorang yang menjaga RINDUnya kepadaMU,
agar sahabatku tidak lalai MERINDUI syurga MU...
~~cukupkah cinta kita kepada SI DIA~~
Marilah sahabat semua kita refleksi diri kita, setinggi manakah CINTA kita kepada si DIA, si DIA yang sentiasa di sisi tanpa pernah mengenal erti jemu, sentiasa membelai diri dengan penuh kasih sayang malah mengurniakan sang udara tanpa meminta balasannya. Menginginkan untuk bertemu janji (date) lima kali sehari tanpa rasa bosan ,jika kita terlambat si DIA masih menanti dengan penuh kesabaran dan kasih sayang. Sekiranya kita terlupa akan tanggungjawab sebagai seorang kekasih, DIA tidak pernah menutup pintu hati NYA untuk kita kembali kepadaNYA, DIA lah yang selalu ada, sentiasa dekat, lebih dekat dari urat kita, yang sentiasa memerhati di kala kita senang apatah lagi di kala kesusahan. Cukupkah kita mengingati dan menyayangi dan paling utama men CINTAI si DIA?
~KITA PERLUKAN CINTA YANG SUCI~
~~Apabila disebut cinta terbayang Romeo yang sanggup mati kerana Juliet~~
~~Cleopatra yang sanggup membunuh diri kerana Mark Anthony~~
~~Uda yang bersanding dengan Dara di pusara~~
~~atau Qais yang sanggup menjadi majnun kerana terpisah dengan Laila~~
Itulah deretan kisah cinta rekaan, namun realitinya juga tidak kurang hebatnya. Ramai remaja yang sanggup meninggalkan ibu dan ayah kerana mengikut kekasih hati. Malah ada yang sanggup menukar agama untuk mendapatkan cinta. Ah, manusia tanpa cinta agaknya seperti bumi tanpa mentari…begitulah agaknya..
Oleh itu usahlah bercinta seqadar untuk bersuka-suka. Lebih buruk lagi janganlah ada niat jahat dalam bercinta sama ada didorong oleh hasutan nafsu atau bujukan syaitan. Jika tidak ada niat untuk berkahwin, cinta itu pastinya bukan kerana Allah. Hakikatnya cinta itu adalah cinta terlarang yang akan membawa kemusnahan pada sebelah pihak atau kedua-dua pihak sekali. Cinta jenis ini seburuk namanya –Cinta Monyet!~
Inikah hakikat sakit mencintai seseorang
.......Jiwa hambar tatkla mengenangkan nasib jiwa yang bergelora ini.....
........Bukan ku mahu berpacaran atau menjadikan kau sebagai tuan kepada diriku....
......Ku mahukan dirimu untuk memahami diri ku ini.....
.......Ku ingin meluahkan segala kasih yang terpendam di dalam hati...
......Sakit jiwa ini tatkala menahan kasih yang dibuang orang....
.......Jiwa ini berkali-kali patah hati.......
.........Adakah memang tiada siapa yang menginginkan cinta luhur ini........
.......Adakah aku sememangnya tak layak untuk disayangi lagi....
.......Adakah cinta itu hanya untuk perempuan yang mempunyai paras rupa yang indah.....
.......Lumrah alam diri ingin disayangi dan dicintai......
Mungkinkah ak ini insan yang lemah ..hinakah ak mencintai seseorang??????
.......Hinakah ak menginginkan seorang lelaki menjadi teman ku........
Kenapakah insan yang bernama lelaki sering bermain dengan perasaan ku...mereka sering memberikan harapan menggunung tinggi kepada ku..semakin ingin ku lupakan semakin di mendekati ku..........adakah ini salahku....bukan ku yang memintanya..bukanku yang mengilainya..namun dia membuat ak jadi gila terhadapnya...adakah ini salahku?????namun,akhirnya ak sendiri yang makan hati ....makan hati sendiri...diamkan diri kerana sakit hati yang telah dipedihkan....adakah kau tak dapat merasakan perasaaan hati ini.......arggh..memang semua salahku kerana mudah memberikan hati untuk seseorang.....mudah cair apabila melihat kebaikan mu terhadapku...jiwa ku begitu lemah melihatkan dirimu....ku mengetahui bahawa dirimu dan diriku begitu berbeda....Ya Allah berikan lah aku petunjuk................mungkin silapku......mungkin khilafku......mungkin kau lebih mengetahui yang terbaik untuk diriku ini...
Sedarkanlah ak dari godaan syaitan yang sering menyesatkan diri ini
Berikanlah ak peluang untuk mengubah diri ini agar ak sedar akan kekhilafan diri yang jahil ini
Berikan aku ruang untuk ak mencintai Mu sepenuh hatiku
~Ya Allah kau adalah cintaku yang hakiki~